eSOLAR Cetak
Oleh Administrator   
Ahad, 01 Jun 2014 15:47

eSOLAR

Merupakan satu Sistem Maklumat Tanah yang digunapakai oleh semua Pejabat Tanah Negeri Terengganu dibawah seliaan Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Terengganu. Data maklumat tanah adalah dari semua daerah di Negeri Terengganu iaitu daerah Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Kuala terengganu, Setiu dan Besut terkandung didalam sistem ini. Sistem ini memudahkan orang awam dan pelanggan untuk mencetak bil cukai tanah tanpa perlu pergi ke pejabat tanah. Sistem ini juga memudahkan orang awam dan pelanggan untuk menyemak status tanah mereka, luas tanah dan jumlah cukai tanah mereka.

Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk menggunakan sistem ini.

1. Sila layari http://cukaiptg.terengganu.gov.my/esolarweb/main.php

2. Sila masukkan No. Akaun Cukai Tanah atau masukkan maklumat Daerah, Mukim, Jenis Hakmilik dan No. Hakmilik.

3. Sila klik semak dan jika semua maklumat tepat, bil cukai tanah anda akan dipaparkan.

4. Sila semak dan cetak bil cukai tanah anda.

 

Untuk membuat bayaran, sila layari http://www.maybank2u.com.my/

Panduan Bayar Cukai Tanah Melalui Maybank2U

DiKemaskini Pada Isnin, 06 July 2015 11:30
Jumlah Capaian Ke Laman ini :4600 kali.