KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA YANG DIPERTUAN MUDA TERENGGANU Cetak
Oleh atiqah   
Rabu, 24 April 2019 13:33

Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang DiPertuan Muda Terengganu telah berlangsung pada 12 hingaa 14 April 2019 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong, Setiu. Majlis Pelepasan (Flag Off) telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' A. Rahman Yahya dan Pegawai Daerah Setiu Tuan Haji Mohd Sophian Abu Bakar.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.


Turut mengiringi, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama isteri, Tuan Faezah Tuan Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah serta barisan Exco kerajaan negeri.

 



 


 

DiKemaskini Pada Isnin, 29 April 2019 09:58
Jumlah Capaian Ke Laman ini :76 kali.