JELAJAH KASIH SPAVOL EDISI TERENGGANU Cetak
Oleh atiqah   
Selasa, 20 Februari 2018 08:23

9 - 10 Februari 2018 - Jelajah Kasih SPAVOL Edisi Terengganu telah diadakan di Kampung Bukit Grebar, Mukim Guntong, Setiu. Program ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan kerjasama Pejabat Daerah Setiu, Majlis Daerah Setiu, J3K Kg. Bukit Grebar, Jabatan Kerja Raya Setiu, Pejabat Penerangan Daerah Setiu, Sukarelawan Siswa Student Volunteers, UNISZA dan University College Bestari. Aktiviti yang dijalankan ialah gotong royong dan pembukaan booth oleh agensi-agensi yang terlibat. Majlis ini dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Zoal Azha Bin Yusof Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Antara tetamu yang hadir ialah YB. Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri Terengganu merangkap ADUN Permaisuri.

 

DiKemaskini Pada Selasa, 20 Februari 2018 08:50
Jumlah Capaian Ke Laman ini :634 kali.