PROGRAM GOTONG ROYONG MENANAM POKOK Cetak
Oleh atiqah   
Jumaat, 24 Mac 2017 04:04

23 Mac 2017 - Program Gotong Royong Menanam Pokok di bekas tapak pelupusan sampah Kg. Penarek, Setiu, Terengganu dengan kerjasama antara Majlis Daerah Setiu dan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Majlis ini dirasmikan oleh YB. Dato' Haji Mohd Jidin Bin Shafee Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri Terengganu merangkap ADUN Permaisuri.

Pada masa itu juga Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Desa Perdana 2017 Peringkat Daerah Setiu telah berlangsung dan disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Mohd Jidin Bin Shafee Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri, Kawasan Permaisuri. Antara tetamu yang hadir Tuan Haji Rosdi Bin Awang Pegawai Daerah Setiu dan Ketua Jabatan Daerah Setiu.

DiKemaskini Pada Jumaat, 24 Mac 2017 04:17
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1371 kali.