HARI AUDIT 1MALAYSIA TAHUN 2016 Cetak
Oleh atiqah   
Khamis, 25 Agustus 2016 09:44

22 Ogos 2016 - Hari Audit 1Malaysia Tahun 2016 telah diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka. Melaka menjadi tuan rumah untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2015. Majlis ini dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ir. Haji Idris Bin Haji Haron Ketua Menteri Melaka, YBhg. Tan Sri Haji Ambrin Bin Buang merupakan Ketua Audit Negara dan hadir sama barisan Exco Kerajaan Melaka serta dif-dif jemputan yang lain.

Seramai 125 jabatan yang menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2015 dari pelbagai negeri di Malaysia. Pejabat Daerah Setiu termasuk dalam 125 jabatan yang menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2015 pada Hari Audit 1Malaysia Tahun 2016 di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka.

DiKemaskini Pada Khamis, 25 Agustus 2016 09:45
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1212 kali.