MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT SARINGAN NEGERI, BAGI DAERAH SETIU TAHUN 1437H/2016M Cetak
Oleh atiqah   
Selasa, 01 Mac 2016 09:39

11 Februari 2016 - Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Saringan Negeri Daerah Setiu 1437H/2016M telah diadakan di Masjid Bari Besar, Setiu. Antara tetamu yang hadir pada majlis ini ialah YB. Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh Ahli Parlimen Setiu, YB. Dato' Sabri Bin Mohd Nor Adun Langkap, Tuan Haji Talaha bin Ali Pegawai Daerah Setiu dan Ketua-ketua Jabatan Daerah Setiu. Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Saringan Negeri, Bagi Daerah Setiu telah dimenangi oleh Encik Zulkifli Bin Mohd Adnan. Bagi kategori Qariah pula telah dimenangi oleh Puan Hajjah Halimah Binti Ibrahim.

DiKemaskini Pada Selasa, 01 Mac 2016 09:49
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1506 kali.