MAJLIS PELANCARAN MAKMAL KOMUNITI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU PEMBANGUNAN EKOSISTEM SETIU. Cetak
Oleh atiqah   
Selasa, 29 September 2015 08:39

28 September 2015 - Majlis Pelancaran Makmal Komuniti Universiti Malaysia Terengganu Pembangunan Ekosistem Setiu dan Penyerahan Buku MUD CRABS Setiu Wetlands telah diadakan di Pantai Peranginan Rhu Sepuluh. Antara tetamu yang hadir ialah Yang Berhormat  Dato' Haji Mohd Zubir bin Embong, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri., yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancaran dan Kebudayaan Negeri merangkap ADUN Permaisuri dan Yang Berhormat Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan , Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri. Majlis Pelancaran Makmal Komuniti Malaysia Terengganu Pembangunan Ekosistem Setiu ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancaran dan Kebudayaan Negeri. Terima kasih kepada Yang Bahagia Prof. Dato' Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar Naib Canselor UMT kerana telah memilih Daerah Setiu bagi pelaksanaan program ini.

DiKemaskini Pada Selasa, 29 September 2015 09:50
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1545 kali.