Majlis Penyampaian Surat Kelulusan (Jadual 1 & LMS) Bagi Peserta RTB Baruh Kecil Mukim Caluk, Daerah Setiu Cetak
Oleh Administrator   
Isnin, 25 Mei 2015 15:22

25 Mei 2015 - Satu Majlis Penyampaian Surat Kelulusan (Jadual 1 & LMS) Bagi Peserta RTB Baruh Kecil Mukim Caluk, Daerah Setiu telah diadakan depan bazar Kg. Bukit Kecil, Mukim Caluk pada jam 12.00 tengahari. Majlis pembukaan disampaikan oleh En. Anuar Bin Nik Mohamad Noor, Ketua Penolong Pentadbir Tanah Setiu dan majlis dirasmikan oleh YB Dato' Sabri bin Mohd Noor, YB Adun Langkap. Seramai 51 orang peserta  telah menerima kelulusan dan Lesen Menduduki Sementara tersebut. Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Bukit Kecil adalah RTB Pertanian yang telah ditanam dengan tanaman nenas. RTB ini juga telah mendapat bantuan dan subsidi dari Pejabat Pertanian Daerah Setiu dan juga Lembaga Nenas. Turut serta dimajlis ini adalah mantan YB Adun Langkap, Dato' Hj. Ashaari, Pegawai Pertanian Daerah Setiu, Pegawai Lembaga Nenas, Penolong Pentadbir Tanah Setiu, En. Wan Mohamed Hilmi dan juga Pengerusi J3K Kg. Bukit Kecil.

"Suara Rakyat Suara Keramat"-TTB

 

DiKemaskini Pada Isnin, 25 Mei 2015 15:53
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1303 kali.