MAJLIS PEMBAHAGIAN BANTUAN BANJIR DUN PERMAISURI DAN PERTUNJUKKAN KENDERAAN BERHIAS DAERAH SETIU, PERSEMBAHAN DIKIR BARAT SERTA PELANCARAN CAR BOOT SALE 2015 Cetak
Oleh atiqah   
Ahad, 24 Mei 2015 16:16

23 Mei 2015 - Majlis Pembahagian Bantuan Banjir Dun Permaisuri dan Pertunjukkan Kenderaan Berhias Daerah Setiu, Persembahan Dikir Barat serta Pelancaran Car Boot Sale 2015 telah diadakan di Dataran Stesen Bas Permaisuri. Majlis pembukaan diucapkan oleh Tuan Haji Talaha Bin Ali, Pegawai Daerah Setiu. Majlis Pembahagian Bantuan Banjir ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Mohd Jidin Bin Mohd Shafee ADUN Kawasan Permaisuri. Turut hadir juga ialah Ahli Parlimen Setiu Yang Berhormat Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh. Seramai 181 orang yang menerima bantuan banjir kawasan Dun Permaisuri. Majlis ini juga mempamerkan Kenderaan Berhias Daerah Setiu yang mendapat tempat ketiga pada Pertandingan Kenderaan Berhias Tahun 2015 sempena sambutan ulang tahun ke-53 KDYMM Sultan Terengganu. Pelancaran Car Boot Sale juga diadakan di Majlis ini serta pertunjukkan wayang kulit dan dikir barat. Tayangan Skrin Besar Perlawanan Akhir Bola Sepak antara Kelantan dan Lionc FC juga dipaparkan di Dataran Stesen Bas Permaisuri.

DiKemaskini Pada Isnin, 25 Mei 2015 07:39
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1085 kali.