PERTANDINGAN KENDERAAN BERHIAS TAHUN 2015 SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-53 HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU. Cetak
Oleh atiqah   
Rabu, 06 Mei 2015 16:24

5 Mei 2015 - Daerah Setiu telah menyertai Pertandingan Kenderaan Berhias Tahun 2015 Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu. Jabatan yang terlibat bagi menjayakan program tersebut ialah Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu, Majlis Daerah Setiu dan Jabatan Kerja Raya Setiu. Kenderaan tersebut mengambil masa 2 minggu untuk disiapkan. Syukur Alhamdulillah hasil usaha gigih daripada jabatan yang terlibat Daerah Setiu telah mendapat tempat ke-3 Kenderaan Berhias tahun 2015. Tahniah pada semua yang terlibat.

DiKemaskini Pada Rabu, 06 Mei 2015 16:35
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1244 kali.