SEMINAR TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU PERINGKAT DAERAH SETIU 2015 Cetak
Oleh atiqah   
Khamis, 12 Februari 2015 15:43

11 Februari 2015 - Program Seminar Transformasi Terengganu Baharu Peringkat Daerah Setiu telah diadakan di Dewan Serbaguna Sungai Tarom, Setiu yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jidin Bin Shafee Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri mewakili Yang Amat Berhormat Dato' Haji Ahmad Razif Bin Abd. Rahman Menteri Besar Terengganu yang tidak dapat hadir. Turut hadir bersama ialah YB. Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh Ahli Parlimen Setiu, YB. Dato Sabri Bin Mohd Noor ADUN Langkap, YB. Haji Bazlan Bin Abd. Rahman ADUN Batu Rakit, Tuan Haji Talaha Bin Ali Pegawai Daerah Setiu dan Ketua-ketua Jabatan Daerah Setiu. Seminar ini bertujuan untuk membuat hebahan kepada semua jabatan kerajaan, swasta dan masyarakat khasnya di Daerah Setiu. Panel-panel yang terlibat ialah Y.Bhg. Tuan Haji Ahmad Faris Yahaya Pengarah Urusan Cyberview Sdn. Bhd., YB. Tuan Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar ADUN Air Putih dan Y.Bhg. Tuan Haji Ahmad Ikram Bin Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Integrity & Strategic Studies Institute (TSIS).

DiKemaskini Pada Khamis, 12 Februari 2015 16:10
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2696 kali.