Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu
" Kami Sedia Membantu "
~ Senyum Selalu ~
Bahasa (Di Terjemahkan oleh Google): Malay Chinese (Simplified) English
BANTUAN PENGGUNAAN LAMAN WEB

Bagi pertanyaan am, anda juga boleh merujuk bahagian soalan lazim, untuk mendapatkan jawapan segera. Sila hantarkan pertanyaan anda menggunakan borang maklumbalas yang disediakan atau hubungi staf yang berkenaan di laman Hubungi Kami. Pihak kami akan mengemukakan jawapan dalam tempoh tidak lebih dari tiga (3) hari bekerja.

BANTUAN WC3

WC3 ialalah satu standart laman sesawang yang bertujuan membantu orang kurang upaya (OKU) / Disability Access untuk melayari laman sesawang, berikut di senaraikan beberapa kemudahan yang di sediakan oleh Pejabat Tanah Setiu untuk mencapai matlamat W3C :

1. Pengguna warga tua/rabun

Pengubah saiz teks Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Setiu menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas Portal. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian pengguna.

2. Pilihan Bahasa

Dua Bahasa disediakan oleh Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Setiu, Pengguna boleh memilih bahasa yang bersesuai dengan mereka untuk membaca kandungan di dalam Portal.


BANTUAN MELAYARI LAMAN WEB MELALUI TELEFON DAN TABLET ANDA

Pastikan telefon bimbit anda telah di set untuk sambungan 3G. (Hubungi penyedia perkhidmatan anda sekiranya anda tidak pasti). Sebagai alternatif, jika telefon bimbit atau PDA anda mempunyai sambungan WiFi, aktifkan WiFi anda dan cari sambungan WiFi pilihan anda. (Sila ingat bahawa kebanyakan perkhidmatan WiFi memerlukan langganan). Pilih pelayar (browser) yang terdapat dalam telefon anda (contohnya. Internet Explorer , Opera , Safari , Web Mobile, dll.).

Layari laman web menggunakan browser dengan menaip http://pdtsetiu.terengganu.gov.my dan klik OK/Enter/Submit. Paparan akan muncul di skrin telefon anda (bergantung pada jenama, model dan operating sistem telefon anda).


BANTUAN MEMBAYAR CUKAI TANAH SECARA ONLINE MELALUI MY BANK 2 U (www.maybank2u.com.my)

Download di sini cara-cara membayar cukai tanah secara online melalui mybank2u

TATACARA LAMAN SOSIAL

Sebagai pengguna Laman Sosial , anda termaktub dengan terma dan syarat pada tatacara Penggunaan Laman Sosial apabila berkomunikasi dengan laman Sosial Pejabat Daerah dan Tanah Setiu.

Pejabat Daerah dan Tanah Setiu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam Laman Sosial ini.

Sebarang pandangan yang dikemukakan di dalam Laman Sosial ini adalah pandangan individu semata-mata dan bukan pandangan PDTS.

Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.

Anda dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan ahli Laman Sosial yang lain.

Pautan dan kenyataan yang berunsurkan LUCAH adalah DILARANG sama sekali.

Pastikan kenyataan atau muat naik dokumen anda tidak menyalahi peraturan COPYRIGHT LAW, TRADEMARK, PATENT dan lain-lain

Anda tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus "Trojan Horses, worms, œtime bombs, œcancel boots atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.

Dokumen yang dimuat turun tidak boleh digunakan untuk tujuan yang salah di segi undang-undang.

Pihak pengurusan PDTS di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan yang di buat di dalam Laman Sosial ini. Anda sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam rangkaian sosial ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.

Pihak Pengurusan PDTS berhak meminda Tatacara Penggunaan Laman Sosial ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman / notis.

BANTUAN RSS

RSS (juga dikenali sebagai "Suapan RSS", "Sindikasi" dsb. Selepas ini dirujuk sebagai RSS) adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language)mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.


Mengapa RSS perlu?

Perkembangan teknologi dalam penerbitan dalam talian amat memudahkan tugas bukan sahaja dalam penyebaran maklumat terkini secara web malah anda dapat mengesan maklumat terkini sejumlah besar laman web kesukaan anda tanpa perlu mengingati alamat URL laman tersebut atau sentiasa mengemaskini email untuk mendapatkan info terkini. Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun halaman web bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan Pejabat Daerah & Tanah Setiu Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu dapat menyalurkan Info atau Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada laman web Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui suapan RSS ini juga:

  • Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak anda.
  • Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (the spam ).
  • Menjimatkan masa.
  • Anda dapat mengetahui Info dan Maklumat Terkini mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu (PDTS) lebih cepat dan berkesan.
  • Berita atau info yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.


Terdapat banyak pilihan bagaimana menggunakan perkhidmatan RSS ini. Berikut adalah dua cara yang selalu digunakan:

  1. Menggunakan perisian rssReader;
  2. Memasang secara terus ke pelayan internet (browser).
DiKemaskini Pada Ahad, 18 Mei 2014 12:15
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2814 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH SETIU
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6099266/ 267/ 277
FAX PTS : +609-6099905
FAX PDS : +609-6099017
E-Mail E-mail PDTS :
pts[at]terengganu[dot]gov[dot]my
pdsetiu[at]terengganu[dot]gov[dot]my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu
Perkhidmatan Online
Statistik
Kemudahan Awam
Borang Maklumbalas Pelanggan
Pencapaian Jabatan
Hakcipta Terpelihara © 2017 Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Bantuan | Peta Laman
Di kemaskini Pada :
Rabu 25 Oktober 2017, 10:15
Jumlah Pelawat :
736261
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday165
mod_vvisit_counterYesterday213
mod_vvisit_counterThis week378
mod_vvisit_counterLast week1646
mod_vvisit_counterThis month2466
mod_vvisit_counterLast month6870
mod_vvisit_counterAll days736261

QR Kod PDTS :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu