PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH/ PENTADBIR TANAH |
![]() |
![]() |
![]() |
Oleh Administrator |
Ahad, 20 Januari 2019 00:00 |
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Terima kasih dan selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Setiu. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pentadbir Laman Web dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan laman web ini.
Laman web rasmi ini dibina bertujuan untuk memudahkan capaian maklumat dan memberi informasi kepada orang awam mengenai organisasi dan perkhidmatan di Pejabat Daerah dan Tanah Setiu. Pembangunannya adalah selaras dengan seruan kerajaan bagi memastikan setiap agensi kerajaan mempunyai laman web masing-masing.
Saya berharap dengan wujudnya laman web ini, ianya dapat memberi maklumat serta gambaran secara am mengenai Daerah Setiu, khususnya tentang visi dan misi bagi Pentadbiran Pejabat Daerah Setiu. Berita-berita terkini berkaitan Pejabat Daerah dan Tanah Setiu akan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi membolehkan orang ramai mengetahui peristiwa-peristiwa penting yang telah dan akan berlaku.
Sebarang pertanyaan, cadangan, komen serta maklumbalas bagi memantapkan dan meningkatkan mutu perkhidmatan serta pengurusan sistem maklumat di Pejabat Daerah dan Tanah Setiu amatlah dialu-alukan.
Akhir kata, selamat melayari Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Setiu.
Sekian, terima kasih.
PEGAWAI DAERAH DAN PENTADBIR TANAH SETIU “BERSAMA MENUJU SETIU MAJU” |
DiKemaskini Pada Khamis, 16 Jun 2022 12:09
Jumlah Capaian Ke Laman ini :2952 kali. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Bantuan | Peta Laman |
Di kemaskini Pada : |
Khamis 16 Jun 2022, 12:09
|
Jumlah Pelawat : | 991967 | (Statistik Penuh) |
|