MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI 1436H 2015M |
|
|
|
Oleh atiqah
|
Rabu, 25 Mac 2015 12:31 |
24 Mac 2015 - Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri 1436H / 2015M telah berlangsung di Mini Stadium Sungai Tarom. Majlis ini berlangsung pada 24 hingga 26 Mac 2015. Seramai 15 peserta memperdengarkan bacaan mereka dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1436H / 2015M kali ke-58. Pada malam pertama seramai 5 peserta yang telah memperdengarkan bacaan mereka iaitu Ramli Awang Teh (Qari Marang), Fatimah Embong (Qariah Kuala Terengganu), Ahmad Tarmizi Abdul Rahman (Qari Kuala Terengganu), Nur Jannah Abdul Rahman (Qariah Kuala Terengganu) dan Yahya Ali (Qari Kuala Terengganu).
Majlis yang bertemakan Perpaduan Nadi Transformasi Negara itu dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman. Turut hadri bersama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Osman Muda dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' Mohd Rozali Saleh dan Ketua-ketua Jabatan. Majlis perasmian penutup serta penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zinal Abidin pada khamis ini.
 
 
|
DiKemaskini Pada Rabu, 03 Jun 2015 13:58
Jumlah Capaian Ke Laman ini :1497 kali.
|