Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu
" Kami Sedia Membantu "
~ Senyum Selalu ~
Bahasa (Di Terjemahkan oleh Google): Malay Chinese (Simplified) English
Maklumat Mukim PDF Cetak E-mail
Oleh Administrator   
Khamis, 24 April 2014 16:52

PENTADBIRAN JKKK

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang bersidang kali ke 17 Tahun 2004 pada 19 Mei 2004 telah bersetuju menamat dan membubarkan perkhidmatan Ketua Kampung / Pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat berkuatkuasa mulai 25 Mac 2004.  Seterusnya Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu tersebut bersetuju meluluskan pembentukan dan pengstrukturan semula perkhidmatan Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Pembangunan Persekutuan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2004.

1. Aspek Pembentukan Organisasi JKKK

a)       Hendaklah kampung yang sah sahaja termasuk taman perumahan

b)       Mempunyai garis sempadan kawasan kampung yang jelas

c)       Mempunyai bilangan penduduk tetap tidak kurang 500 orang dan

d)       Mempunyai bilangan rumah tidak kurang 100 buah

2. Kelayakan

Calon-calon bagi perlantikan ke jawatan Ketua Kampung / Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Ahli-ahli JKKK hendaklah mempunyai kelayakan-kelayakan yang berikut :-

a)       Berumur tidak kurang dari 30 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.

b)       Mempunyai kelulusan minima darjah 6 di Sekolah Kebangsaan.

c)       Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang memuaskan dalam bidang pembangunan masyarakat.

d)       Menetap di kawasan berkenaan.

e)       Mempunyai aliran pemikiran dan daya kepimpinan yang dapat diterima oleh masyarakat dan kerajaan.

f)    Calon yang aktif dan cergas di dalam pertubuhan-pertubuhan, persatuan, kerja-kerja amal serta menunjukkan ketokohan kepimpinan di dalam bidang kemasyarakat.

g)       Dianggap mendapat kepercayaan dan penghormatan daripada mojoriti  penduduk kampung.

h)       Tiada rekod jenayah.

i)         Mempunyai kesihatan fizikal dan mental.


Peta Mukim

Terdapat 7 mukim:-

1.  Pantai

2.  Guntung

3.  Tasek

4.  Hulu Setiu

5. Caluk

6.  Hulu Nerus

7.  Merang 

 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH SETIU
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6099266/ 267/ 277
FAX PTS : +609-6099905
FAX PDS : +609-6099017
E-Mail E-mail PDTS :
pts[at]terengganu[dot]gov[dot]my
pdsetiu[at]terengganu[dot]gov[dot]my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu
Perkhidmatan Online
Statistik
Kemudahan Awam
Borang Maklumbalas Pelanggan
Pencapaian Jabatan
Hakcipta Terpelihara © 2017 Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Bantuan | Peta Laman
Di kemaskini Pada :
Selasa 17 Oktober 2017, 11:20
Jumlah Pelawat :
723572
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed

mod_vvisit_counterToday22
mod_vvisit_counterYesterday238
mod_vvisit_counterThis week1363
mod_vvisit_counterLast week1817
mod_vvisit_counterThis month4714
mod_vvisit_counterLast month7296
mod_vvisit_counterAll days723572

QR Kod PDTS :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu