Soalan Lazim |
![]() |
![]() |
![]() |
PENGURUSAN PEJABAT DAERAH 1) Soalan Apakah bisnes utama Pejabat Daerah Setiu? Jawapan Pejabat Daerah Setiu Menyediakan Perkhidmatan Duti Setem, Suruhanjaya sumpah, lesen penulis, lesen tukang emas, JKKK, berkaitan kemasyarakatan dan pembangunan daerah. 2) Soalan Bahagian manakah urusan pengesahan borang @ Dokumen untuk disahkan oleh Penghulu? Jawapan Pengesahan boleh dibuat di Pejabat Daerah Setiu di Tingkat 3, Bahagian Pembangunan Masyarat atau di balai-balai Penghulu Mukim berkenaan. 3) Soalan Bagaimanakah cara untuk berurusan sekiranya berlaku kerosakan Jalan Kampung , Balairaya ,Wakaf dan sebagainya. Jawapan Urusan berkenaan hendaklah Melalui JKKK dan dipanjangkan kepada Bahagian Pembangunan Fizikal Pejabat Daerah Setiu. PENGURUSAN PEJABAT TANAH 1.Bagaimanakah caranya untuk memohon tanah? Cara untuk membuat permohonan tanah ialah 2. Apakah yang di maksudkan dengan tanah kerajaan ? Semua tanah di dalam negeri itu (termasuk sebanyak mana dasar mana mana sungai, dan tepi pantai serta dasar laut, seperti yang adalah dalam lingkungan wilayah negeri itu atau batas perairan wilayah) selain dari: a) Tanah Berimilik 3.Apakah yang dimaksudkan pelupusan tanah Kerajaan? Pelupusan tanah kerajaan apa-apa pelupusan tanah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri ( PBN) kepada individu/badan dalam menjalankan kuasa-kuasa yang sama di bawah undang-undang tanah terdahulu. (Sek. 42 KTN). 4. Bagaimanakah untuk mendapatkan semula tanah yang telah luput tempoh pajakan? Bagi tanah milik yang telah luput tempoh pajakan, permohonan baru (menggunakan Borang Jadual 1) perlu dikemukakan ke Pejabat Tanah di daerah dimana tanah tersebut berada untuk diberi pertimbangan semula. 5. Apakah itu cukai tanah? Cukai tanah mengikut Seksyen Kanun Tanah Negara 1965 ditakrifkan sebagai: 6. Dengan siapa saya boleh berhubung apabila saya mempunyai sebarang kemusykilan mengenai bil cukai saya? Anda boleh menghubungi mana-mana Pejabat Tanah di seluruh Terengganu seperti senarai di bawah: 7. Sekiranya seseorang pemohon diluluskan pemberimilikan tanah kerajaan dan dikehendaki membayar premium dalam tempoh 3 bulan daripada surat di terima tetapi tidak dapat menjelaskan bayaran berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, bolehkah pemohon merayu melanjutkan tempoh bayaran tersebut? Boleh merayu melanjutkan tempoh bayaran dengan syarat hanya akan diberi pertimbangan jika permohonan di kemukakan sebelum tempoh tarikh Borang 5A luput. Permohonan dianggap terbatal jika 5A tidak dijelaskan dan rayuan tidak dikemukakan dalam tempoh tersebut. Jika masih berminat, pemohon perlu mengemukakan permohonan baru (Borang Jadual 1) untuk diberi pertimbangan semula. Sebenarnya tiada istilah lanjut tempoh dalam undang-undang tanah. Proses yang ada hanya dengan membuat penyerahan balik dibawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan memohon untuk diberimilik semula di bawah Seksyen 42 (1) (a) KTN dimana tempoh pajakannya ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). 9. Siapakah yang boleh memohon tanah milik yang telah luput tempoh pajakan dan pemilik asalnya telah meninggal dunia? Sesiapa sahaja yang dinyatakan di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara(KTN) boleh memohon dan dipertimbangankan. Walaubagaimanapun, keutamaan akan diberi kepada waris-waris pemilik asal, jika ada permohonan. 10. Bolehkah permohonan pembangunan tanah dibuat sekiranya tarikh sah Perintah Pembangunan telah luput? Tidak. Pemohon mestilah mendapatkan perlanjutan tempoh Perintah Pembangunan sebelum mengemukakan permohonan pembangunan tanah di Jabatan ini. 11. Bolehkan Borang Suratcara diisi dengan menggunakan dakwat biru atau pen mata bulat? Borang Suratcara hanya boleh dilengkapkan dengan menggunakan dakwat hitam atau bertaip 12. Di dalam Borang H ada disebutkan tentang penahanan bayaran pampasan sebanyak 25%. Jadi saya inginkan penjelasan mengenainya. Dalam keadaan manakah penahanan tersebut berlaku dan adakah pampasan untuk saya juga ditahan sebanyak itu? Penahanan pampasan sebanyak itu 25% akan dibuat sekiranya ada bantahan daripada pihak yang memohon pengambilan untuk projek tersebut. Contohnya bagi projek lebuhraya, kalau ada bantahan daripada LLM, pembayaran pampasan akan ditahan sebanyak 25% .
Ruangan penyaksian tidak perlu dilengkapkan sekiranya terdapat cop mohor syarikat pada borang suratcara.
Sebarang pertanyaan, sila email ke pts[at]terengganu[dot]gov[dot]my atau pdsetiu[at]terengganu[dot]gov[dot]my Untuk berhubung terus dengan pegawai berkaitan, sila hubungi nombor talian 09-6099266/ 267/ 277 atau rujuk Direktori Kakitangan PDTS. |
Terma Dan Syarat | Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Bantuan | Peta Laman |
Di kemaskini Pada : |
Khamis 16 Jun 2022, 12:09
|
Jumlah Pelawat : | 991981 | (Statistik Penuh) |
|