Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu
" Kami Sedia Membantu "
~ Senyum Sokmo ~
Bahasa (Di Terjemahkan oleh Google): Malay Chinese (Simplified) English
Pusat Pelancongan & Rekreasi PDF Cetak E-mail
Oleh Administrator   
Isnin, 28 April 2014 11:30


Lata Chakah

image gallery1

Merupakan salah satu pusat peranginan bagi Daerah Setiu. Diselubungi dengan tumbuhan menghijau dan air terjun. Sesuai untuk aktiviti perkelahan bagi yang berkeluarga, lari dari kesibukan kota dan kerja.


Lata Payong

lp1 lp2

 

Peladang Setiu Agro Resort


ar1 ar2

Pantai Penarik & Rhu Sepuluh

Pantai Penarik, Setiu merupakan salah satu pantai yang indah di Terengganu. Jika anda dari Kuala Terengganu dan ingin ke Besut melalui 'jalan pantai' (bukan melalui jalan utama melalui bandar Permaisuri), anda akan melalui pantai Penarik. Jarak antara bandar Kuala Terengganu adalah 60km dan 80km jika dari Kota Baru, Kelantan.

Rata-rata penduduk disini adalah nelayan. Boleh di katakan Penarik ini adalah perkampungan nelayan.Keadaan pantainya yang sayup memanjang serta dilengkapkan dengan bot nelayan dan pokok kelapa dan rhu yang begitu indah.

Anda boleh berkelah dipantai. Di sini juga ada buah kedai yang menjual makanan seperti keropok, ikan celup tepung, sotong, udang dan ketam. Kedatangan anda agak tidak lengkap jika anda tidak memesan air buah kelapa muda. Jika anda memerlukan penginapan, anda boleh tinggal di Penarik Inn yang menawarkan harga bilik - RM55 semalam.

pPicture1

Pantai Penarik dan Rhu Sepuluh adalah pantai yang belum terjejas dengan pembangunan dalam Daerah Setiu agak popular kerana berdekatan dengan jalan utama ke Kelantan dan dari Kelantan ke Terengganu. Hanya 400 meter dari Kampung Penarik anda akan menjumpai Pantai Rhu sepuluh yang terkenal dengan ‘ikan celup tepung’.


Pantai Merang

m1 m2

Pantai Merang terletak di daerah Setiu. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Pantai Merang mangambil masa 45 minit. Jarak antara Kuala Terengganu ke Pantai Merang ialah 44 km. Pantai Merang sememangnya sangat cantik dan sesuai untuk perkelahan sekeluarga.

Dahulunya Pantai Merang sangat sibuk dengan pelancong asing kerana di situlah terletak Jeti Bot/Feri bagi ke Pulau Redang. Jeti baru untuk ke Pulau Redang dan pulau Kapas telah dialihkanke Kuala Terengganu. Bagi pengunjung yang hendak berkelah, anda boleh memilih 2 tempat yang ada iaitu kawasan bersebelahan dengan Merang Resort atau disebelah Pusat Kokurikulum UDM.

Pulau Redang

redang

Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia.
Pulau Redang boleh dikunjungi melalui
Merang atau Kuala Trengganu dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika.


Pulau Lang Tengah

lang

Pulau Lang Tengah ialah sebuah pulau di luar pantai Terengganu, Malaysia. Air lautnya jernih bak kristal, pantai putih dan bersih serta hutan tropika yang tidak diterokai. Ia terletak antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian, dan dihubungkan ke daratan oleh feri ke Merang.


Lapang Sasar Golf

Picture2 Picture3

Bagi yang ingin mencuba pukulan dan hayunan golf, lapang sasar golf adalah tempat yang sesuai untuk berkunjung. Pengunjung boleh memilih sama ada ingin menggunakan 100 biji bola golf sehingga 200 biji bola golf dengan harga yang berpatutan.


TIEP Lembah Bidong

Picture4 Picture6 Picture5

Salah satu tempat pertandingan 'endurance menunggang kuda' yang diakui bertaraf dunia ialah Terengganu International Endurance Park.(TIEP). Terletak di daerah Lembah Bidong, Setiu - sentiasa menjadi event pertandingan sukan kuda lasak di peringkat kebangsaan dan dunia. Jarak dari Kuala Terengganu ke TIEP ialah lebih kurang 40km.

TIEP adalah idea Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin. Baginda sangat meminati sukan berkuda ini. Salah satu kejohanan kuda lasak ialah Cabaran Kuda Lasak Terengganu - Piala Sultan yang telah bermula sejak tahun 2004. Pada tahun 2008 ianya telah menjadi tempat berlangsungnya Kejohananan Kuda Lasak Sedunia yang mana melibatkan 21 buah negara dan 15 orang penunggang tempatan. Baginda - Yang Dipertuan Agung turut menyertai pertandingan ini yang mana pertandingan ini telah diiktiraf bertaraf dunia.
TIEP merupakan satu pusat sukan berkuda yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kemudahan Klinik Kuda yang di anggap sebagai klinik kuda pertama di Pantai Timur yang lengkap dengan kemudahan ultra sound dan pengambilan darah kuda. Selain dari itu ianya juga dilengkapi dengan kemudahan chalet VIP.
Anda mungkin terpesona apabila melihat pokok berbentuk kuda di bahagian tepi pintu gerbang yang berbentuk ladam kuda. Jika anda dalam perjalanan ke Kelantan dan melalui jalan Lembah Bidong ini, cubalah berhenti dan melawat didalamnya.



DiKemaskini Pada Isnin, 01 Agustus 2016 10:07
Jumlah Capaian Ke Laman ini :12195 kali.
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH SETIU
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : +609-6099266/ 267/ 277
FAX PTS : +609-6099905
FAX PDS : +609-6099017
E-Mail E-mail PDTS :
pts[at]terengganu[dot]gov[dot]my
pdsetiu[at]terengganu[dot]gov[dot]my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu
Perkhidmatan Online
Statistik
Kemudahan Awam
Borang Maklumbalas Pelanggan
Pencapaian Jabatan
Hakcipta Terpelihara © 2018 Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma Dan Syarat | Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Bantuan | Peta Laman
Di kemaskini Pada :
Ahad 29 September 2019, 14:27
Jumlah Pelawat :
880674
(Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :
FacebookFeed


       Visit Terengganu 2018

mod_vvisit_counterToday83
mod_vvisit_counterYesterday97
mod_vvisit_counterThis week83
mod_vvisit_counterLast week749
mod_vvisit_counterThis month1843
mod_vvisit_counterLast month2517
mod_vvisit_counterAll days880674

QR Kod PDTS :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu